Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub berkata, projek berkenaan akan siap dalam tempoh kira-kira 10 tahun lagi.

“Projek ini akan membekalkan sumber air yang cukup untuk kawasan jelapang padi di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA).

“Dengan adanya projek ini unjuran kita dalam tempoh 10 tahun akan datang isu pengairan di MADA akan dapat kita atasi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pengairan dan Saliran (Manco) kali ke-w23 di Hotel KSL di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Kebangsaan bagi Pengairan dan Saliran Malaysia (Mancid), Ir. Ahmad Idrus.

Salahuddin Ayub

SALAHUDDIN Ayub (empat dari kanan) menerima cendermata daripada pihak penganjur selepas merasmikan Persidangan Tahunan Pengairan dan Saliran (Manco) kali ke-w23 di Hotel KSL, Johor Bahru, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/BAAZLAN IBRAHIM

Projek itu yang membina terusan sepanjang 23 kilometer berjumlah RM960 juta dijangka memberi manfaat kepada lebih 18,000 petani untuk menjayakan skim penanaman dua kali setahun serta projek bekalan air Langkawi bernilai RM600 juta.

Salahuddin berkata, mengensai masalah bekalan air untuk kewasan pertanian di bawah Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Kelantan, perkara tersebut berpunca daripada sumber air di Sungai Kelantan.

Jelasnya, pihak kementerian sedang dalam usaha menyelesaikannya dan beberapa langkah sudah pun dikenal pasti bagi memastikan kawasan KADA mempunyai bekalan air yang mencukupi. - UTUSAN ONLINE