Dalam program yang diadakan bermula pada 9 hingga 11 pagi itu, seramai 20 pemenang terpilih untuk memenangi hadiah barangan runcit bernilai RM4,000, RM3,000 dan RM1,000.

Ketua Dagangan Runcit dan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, program itu merupakan antara usaha pihaknya memberi ganjaran kepada pelanggan mereka.

“Tahun ini kami turut memberi hadiah mata ganjaran kepada pemenang yang boleh digunakan di kedai Treats kami.

“Harapan kami adalah mahu pemenang menikmati pengalaman menyeronokkan bersama keluarga dan rakan,” ujarnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Petron Hypermarket Sweep kini memasuki tahun keempat penganjuran dan diadakan di lima negeri tahun ini iaitu di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Pahang dan Sabah. - UTUSAN ONLINE