Merujuk kepada kejadian tumpahan minyak di perairan Tanjung Balau dan Batu Layar di Kota Tinggi baru-baru ini, Baginda bertitah perkara itu akan memberi pelbagai kesan negatif kepada laut dan juga hidupan marin selain menjejaskan pendapatan golongan nelayan.

“Pihak berkuasa perlu mempertingkatkan rondaan bagi mencegah aktiviti pembuangan sisa oleh kapal tangki kerana kan memberi pelbagai kesan negatif,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Sultan Johor bertitah, pihak berkuasa juga perlu mengenakan tindakan serta hukuman berat terhadap mereka yang didapati melakukan perbuatan itu.

Media baru-baru ini melaporkan Jabatan Laut Wilayah Selatan menemukan tompokan tumpahan kira-kira 300 tan minyak bahan api marin sepanjang kira-kira 10 kilometer di perairan Tanjung Balau dan Batu Layar, dipercayai berpunca daripada aktiviti pembuangan sisa oleh kapal tangki. - UTUSAN ONLINE