Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, suspek yang merupakan seorang pengurus syarikat warganegara Singapura berusia 49 tahun.

“Suspek akan ditahan dan dilokap di IPD Seri Alam. Kertas siasatan sudah dirujuk ke pejabat pengarah pendakwaan negeri Johor dengan cadangan di bawah pertuduhan di bawah Seksyen Akta Sekeliling 1974 dibaca bersama Seksyen 42 Akta yang sama.

“Tiada reman dan pertuduhan akan dibuat di mahkamah di Johor Bahru pukul 9 pagi esok,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE