Majlis perjumpaan dan foto-foto sempena sambutan Aidilfitri itu turut dimuat naik dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Kunjungan Bersatu negeri itu diketuai Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal, dengan diiringi bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dan Ketua-ketua Bahagian Bersatu Johor.

SULTAN Johor merakam kenangan selepas bertemu dengan Dr. Sahruddin Jamal, Osman Sapian dan ketua-ket

SULTAN Johor merakam kenangan selepas bertemu dengan Dr. Sahruddin Jamal, Osman Sapian dan ketua-ketua Bahatian Bersatu Johor sempena Hari Raya Aidilfitri di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, Johor sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE/ Ihsan Royal Press Office

Antara yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Tosrin Jarvanthi dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd. Solihan Badri.

Sempena perjumpaan itu, Sultan Ibrahim turut berkenan menyertai majlis santapan minum petang bersama-sama pimpinan Bersatu negeri yang hadir. - UTUSAN ONLINE