Mereka yang ditahan pegawai penguatkuasa agama (PPA) itu berusia antara 20 hingga 55 tahun ketika makan secara terbuka di kantin tersebut.

Turut ditahan empat individu dipercayai bertanggungjawab menyedia atau menjual makanan kepada umat Islam yang tidak mahu berpuasa itu.

Alasan tidak berpuasa yang diberikan antaranya tidak bersahur, penat bekerja, menghidap gastrik, tidak boleh berlapar dan sakit perut.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah JAIJ), Halid Sono berkata, tangkapan itu adalah hasil daripada risikan dan maklumat orang awam melibatkan tindakan penguatkuasaan di 10 daerah negeri ini.

Halid berkata, mereka yang ditahan kerana tidak berpuasa itu disiasat mengikut Seksyen 15(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 manakala peniaga disiasat mengikut Seksyen 15(a) enakmen yang sama.

“Mengikut enakmen itu, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara bagi kesalahan kali pertama, manakala denda sehingga RM2,000 atau 12 bulan penjara bagi kesalahan kali kedua.

“Kita memandang serius berhubung perkara ini, seharusnya Ramadan ini menjadi bulan untuk kita bermuhasabah dan perbaiki diri dengan amal ibadat yang sememangnya memberikan pahala berlipat ganda,” katanya ketika ditemui. - UTUSAN ONLINE