Hasbullah Mohamed, 52, ber­kata, kebun seluas 1.2 hektar yang ditanam pisang dan kelapa yang baharu diusahakan sejak setahun lalu sering diceroboh individu tertentu untuk mencuri barang terutama keperluan makanan dan pinggan mangkuk. 

“Saya memang tinggal di pondok kebun ini dan hanya pulang ke rumah sesekali apabila ada urusan seperti cas telefon bimbit atau membeli barangan keperluan.

“Namun kerap kali apabila meninggalkan kebun walaupun dalam tempoh singkat, ada sahaja barangan saya yang hilang apabila balik ke pondok ini,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini. 

Menurut Hasbullah, pada mu­lanya hanya barang makanan dan peralatan lain yang hilang, namun sejak kebelakangan ini penceroboh telah bertindak me­mecahkan cermin keretanya ha­nya mahu mengambil sebungkus mi segera yang tersimpan dalam kenderaan itu.

Ekoran kejadian itu, Hasbullah membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya memandangkan dia sentiasa ber­sendirian di kebun.