Timbalan Pengarah Operasi, Komander Maritim Mohammad Othman berkata, bertindak atas maklumat daripada Sistem Pengawasan Laut Maritim (Swasla) yang memaklumkan terdapat sebuah bot dari arah Indonesia menuju ke Tanjung Setapa dan kira-kira pukul 9.30 malam, pihaknya berjaya mengesan sebuah bot pancung berwarna biru yang tindak memiliki nombor pendaftaran dan menggunakan enjin sangkut dalam keadaan mencurigakan di kedudukan satu batu nautika tenggara Tanjung Ayam.

“Bot tersebut berjaya dipintas pada pukul 10 malam dan pemeriksaan lanjut mendapati terdapat tujuh orang disyaki warganegara Indonesia berusia antara 20 hingga 50 tahun tidak memiliki sebarang dokumen pengenalam diri.

“Turut ditemukan 256 kotak mengandungi 128,000 paket rokok dipercayai cuba diseludup masuk dari Indonesia ke perairan Johor yang dianggarkan bernilai RM179,200,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Malaysia, Nur Hidayah Mohamad dan Pegawai Operasi Maritim Tanjung Sedili, Leftenan Khairol Azman Kassim.

Mohammad Othman (kanan) menunjukkan sebahagian rokok yang dirampas pada sidang media yang diadakan di Maritim Malaysia DM7 Tanjung Sedili, Kota Tinggi di sini, sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE