Hasil pemeriksaan mendapati kereta tersebut membawa karkas dipercayai daging babi sejuk beku seberat 4.75 kilogram (kg) dan daging ayam sejuk beku (7.10kg) yang dianggarkan bernilai RM168.45.

MAQIS dalam satu kenyataan memberitahu, penahanan tersebut dilakukan di atas kesalahan tidak mengemukakan sebarang dokumen sah atau permit import (IP) daripada MAQIS serta sijil kesihatan daripada negara asal.

“Perbuatan mengimport tanpa permit yang sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum di bawah seksyen 11(3), Akta yang sama,” demikian menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan berkenaan, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) diguna pakai bagi memastikan kawalan penyakit haiwan, ikan, tumbuhan dan jaminan

keselamatan makanan.

Jelas kenyataan itu lagi, ini membuktikan kerajaan memandang serius dan mengambil berat terhadap isu-isu yang melibatkan keselamatan makanan, kawalan penyakit dan risiko kemasukan perosak merbahaya yang boleh mengancam industri pertanian negara. - UTUSAN ONLINE