Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Lebih 20,000 meriahkan rumah terbuka 
Sultan Johor

SULTAN IBRAHIM dan Raja Zarith Sofiah beramah mesra dengan pengunjung
SULTAN IBRAHIM dan Raja Zarith Sofiah beramah mesra dengan pengunjung berbilang kaum semasa rumah terbuka baginda di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru kelmarin. - IHSAN PEJABAT AKHBAR DIRAJA JOHOR

JOHOR BAHRU 27 Jun – Cuaca panas tidak menghalang lebih 20,000 pengunjung menghadiri Rumah Terbuka Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sempena Aidilfitri di Istana Pasir Pe­langi dekat sini, semalam.

Sultan Ibrahim tiba di majlis itu kira-kira 11 pagi dan diringi Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah serta putera dan puteri baginda.

Baginda sempat meluangkan masa bergambar dan bersalaman dengan pengunjung, sebelum menjemput orang ramai menikmati pelbagai juadah yang disediakan termasuk nasi beriani, rendang, ketupat dan makanan lain.

Fauzi Shabri, 40, yang berasal dari Selangor sanggup datang ke rumah terbuka itu semata-mata untuk bertemu dengan Sultan Johor.

“Saya datang ke Johor ini kebe­tulan hendak lawat saudara-mara juga kerana ibu adalah orang sini. Jadi dalam beraya itu saya ambil keputusan untuk datang dan tidak sangka ia meriah dan lebih mengujakan dapat berjumpa dengan Sultan Johor,” katanya.

Tan Yock Lian, 57, pula berkata, ini adalah kali pertama dia menghadiri rumah terbuka dan merasakan ia unik, bertepatan dengan slogan 1Malaysia selain pelbagai makanan yang sedap. – BERNAMA

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain