Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, tabung berkenaan ditubuhkan bagi membantu proses pemulihan kanak-kanak tersebut.

“Tabung ini bertujuan membantu Irfan Wafiy mendapat kepakaran luar bagi mengenal pasti penyakit yang dihidapi dan apakah rawatan terbaik yang boleh diberikan.

“Setelah mengenal pasti rawatan yang perlu, kami jangka ia akan dapat dilaksanakan selepas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan pada September ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat Irfan Wafiy di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE