Pengerusinya, Ahmad Da­ud berkata, langkah itu bagi me­ngurangkan kebergantungan terhadap perniagaan utama, iaitu kelapa sawit yang berdepan dengan penyusutan harga pa­saran, sekali gus memberi impak kepada pendapatan koperasi secara menyeluruh. ­

Beliau berkata, tiga bidang utama yang akan diberi­ tumpuan adalah sektor pe­ma­kanan, perubatan dan pen­didikan yang diyakini mem­punyai permintaan tinggi biarpun berdepan dengan keadaan ekonomi tidak menentu.

“Kita perlu mencari sumber lain supaya tidak lagi bergantung terhadap perniagaan utama (kelapa sawit), sekali gus membuka jalan bagi ahli untuk mendapatkan peluang perniagaan, latihan serta sumber perniagaan baharu.

“Bagi mencapai hasrat itu, kita akan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Dewan Perniagaan Melayu Singapura serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di republik itu pada Februari tahun depan bagi memasarkan produk ahli khususnya makanan,” katanya selepas menghadiri program Sepetang Bersama Usahawan KPMNJ di sini semalam.

Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd. Izhar Ahmad.

Dalam pada itu Ahmad berkata, KPMNJ akan memperluaskan lagi perniagaan pajak gadai emas yang dilaksanakan sejak lapan tahun lalu sebagai perniagaan utama.

“Pada masa ini, kita sudah mempunyai lima cawangan perniagaan pajak gadai emas, iaitu dua premis di Johor Bahru dan masing-masing sebuah di Kluang, Segamat dan Kota Tinggi. Pada hujung tahun depan kita akan membuka sebuah lagi cawangan di Bukit Gambir, Muar.

“Permintaan terhadap perniagaan ini cukup tinggi dan tidak berdepan dengan persaingan walaupun sudah ba­nyak bank menjalankan perniagaan yang sama. Hingga kini, KPMNJ memiliki nilai emas dipajak sebanyak RM18 juta de­ngan nilai jualan RM125 juta,” katanya.