Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, bagi mencapai matlamat itu, pihaknya akan menggunakan kepakaran dimiliki bersesuaian dengan kemajuan semasa.

Katanya, antara aspek yang boleh diteliti adalah menerusi pendekatan pendidikan belajar dengan bermain khususnya bagi peringkat prasekolah.

“Pendidikan melalui bermain ini sudah diamalkan di negara-negara maju di mana ini memberi peluang kepada kanak-kanak untuk mengekspresikan perasaan dan kreativiti mereka.

“Tujuannya adalah bagi mengimbangi pendidikan ka­nak-kanak melalui perkembangan sosio-emosi, fizikal, intelek dan rohani berlandaskan piawaian dan standard yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Tadika Kemas Kawasan Parlimen Pulai, di sini baru-baru ini.

Tambah beliau, langkah itu terbukti mampu meningkatkan kecemerlangan potensi individu secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu.

“Konsep ini akan meletakkan generasi muda negara ini tahap lebih tinggi dalam aspek keyakinan diri, semangat patriotisme serta nilai murni,” ujarnya.