Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Zulkefly Ahmad berkata, pemilihan kesemua ketua kampung diselesaikan dalam mesyuarat minggu lalu.

“Saya berharap dengan pelantikan dan penjenamaan semula MPKK, semua pihak akan dapat memberikan khidmat terbaik buat masyarakat setempat.

“Namun sekiranya wujud sebarang salah laku, laporan dan aduan boleh dikemukakan kepada kerajaan negeri untuk diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Interaksi Sempena Kursus Induksi MPKK di Hotel Berjaya Waterfront, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE