Kapal tangki tanpa muatan yang berdaftar di Pelabuhan Kelang, Selangor itu ditahan pada kedudukan 3.8 batu nautika tenggara Tanjung Penyusup pada pukul 1.05 petang semalam.

Pengarah ZMTS, Kapten Maritim Mohd. Zulfadli Nayan berkata, penahanan dilakukan setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dari Jabatan Laut Malaysia.

“Kapal tersebut dikendalikan 11 kru termasuk nahkoda berumur lingkungan 25 hingga 69 tahun terdiri daripada setiap seorang warga Indonesia.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Jika didapati bersalah katanya, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, Maritim Malaysia sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan akan mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya pantai timur Johor.

-UTUSAN ONLINE