Kapal tangki tanpa muatan berbendera Indonesia itu ditahan pada kedudukan kira-kira 3.2 batu nautika di Tenggara Tanjung Penyusop pada pukul 10.50 pagi.

Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd. Zulfadli Nayan berkata, kapal tangki itu ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia ketika sedang dalam Op Jaksa di perairan tersebut.

“Kapal tangki itu dikendalikan 14 kru termasuk nakhoda warganegara Indonesia berusia lingkungan 25 hingga 58 tahun. Penahanan dibuat setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan apa-apa dokumen kebenaran bersauh dari Jabatan Laut Malaysia.

“Dua kru kapal tangki tersebut dibawa ke pejabat Zon Mari­tim Tanjung Sedili untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mohd. Zulfadli berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 491B(l) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran dan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, jika disabit kesalahan.

Katanya, maritim memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan akan sentiasa mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan kesejahteraan perairan negara.