Pengerusi Jawatankuasa Pe­mbangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, sehubungan itu pihak­nya menggesa semua pi­hak memainkan peranan proaktif untuk menjayakannya.

“Johor merupakan sebuah ne­geri yang penuh dengan tarikan pelancongan seperti lokasi menarik dan makanan istimewa. Pada tahun 2018 kita berjaya menarik kehadiran seramai 15.84 juta pelancong.

“Tahun ini kita menyasarkan seramai kehadiran seramai 16.6 juta pelancong manakala bagi Tahun Melawat Johor 2020, kita menyasarkan seramai 17.4 juta pelancong,” katanya ketika me­rasmikan Karnival Pelancongan Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Johor di pusat beli-belah Capital Mall Johor Bahru di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Pengerusi Matta Johor, Kathryn Lee.

Karnival Pelancongan Matta itu disertai 150 ejen pelanco­ngan yang menawarkan pakej pelancongan domestik dan an­ta­rabangsa.

Cai Tung berkata, insiden pencemaran toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang bulan lalu tidak menjejaskan keha­diran pelancong ke negeri ini.

Katanya, ini kerana insiden berkenaan sudah selesai dan ke­rajaan negeri mengambil langkah terbaik bagi menangani insiden berkenaan.

“Saya percaya perkara berkenaan tidak akan menjejaskan kehadiran pelancong ke negeri ini, saya juga tidak menerima apa-apa aduan berkenaan perkara itu,” katanya.