Aplikasi yang dijayakan dengan­ kerjasama Digital Johor itu merupakan platform untuk usahawan memasarkan produk dan perkhidmatan mereka ke pasaran lebih luas.

OSMAN SAPIAN
OSMAN SAPIAN

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, JASS akan menjadi platform baharu bagi pelanggan mendapatkan produk dan perkhid­matan dengan lebih mudah.

“Antara usaha ke­­ra­­­jaan untuk me­­­ran­cakkan lagi bidang ke­usahawanan di­­ nege­ri ini, kami me­­­lancarkan aplikasi JASS.

“Melalui aplikasi ini, golongan usahawan muda khususnya dapat memasarkan pro­duk dan perkhidmatan mereka secara lebih eksklusif,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor Darul Ta'zim 2019 di Pusat Konvensyen­ Antarabangsa Persada di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif negeri, Sheikh Umar Ali.

Festival menghimpunkan lebih daripada 200 peniaga dan pempamer itu berlang­sung selama empat hari.

Tambah Osman, pihaknya turut menyasarkan kehadiran lebih 60,000 pengunjung dari dalam dan luar negara ke festival tersebut.

Selain usahawan tempatan, festival itu turut disertai peniaga-peniaga daripada pelbagai negara luar antaranya Turki, Syria, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom dan Perancis.