Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, statistik itu amat positif jika dibandingkan dengan populasi negeri ini dan perkem–bangannya yang rancak dengan pembangunan.

MOHD. KHALIL KADER MOHD.
MOHD. KHALIL KADER MOHD. 

“Kebanyakan kes melibatkan warganegara asing dan kita dapat selesaikan semua kes-kes bunuh tersebut,” katanya dalam Program Apresiasi Keselamatan Untuk Kesejahteraan Awam di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din dan Pengerusi Kongres Kesa­tuan Pekerja Dalam Perkhid­matan Awam (CUEPACS) ne­geri, Mohd. Shaman Jaes.

Selain itu, beliau berkata, masalah perjudian dalam talian adalah jenayah yang paling sukar dan mencabar dihadapi Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor ketika ini.

Mohd. Khalil ber­kata, ini kerana kegiatan tersebut dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan bukan terang-terangan seperti jenayah lain.

“Contohnya mereka melakukan judi dalam talian (dengan berselindung di sebalik) kedai menjual telefon bimbit atau di kedai teh tarik.

“Ini membuatkan kita sukar mengesan mereka.

Jadi kita perlukan maklumat orang awam untuk menanganinya dan pemberi maklumat tidak perlu risau kerana akan di­lindungi,” katanya.