Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, operasi bersepadu dilaksanakan di tiga premis.

“Tiga premis kitar semula itu yang didapati melanggar undang-undang seperti tidak berlesen selain beroperasi di tanah milik kerajaan.

“Sebuah premis yang diperiksa juga didapati mengimport masuk sisa plastik daripada negara luar, iaitu United Kingdom dan Ireland,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas operasi tersebut di sini sebentar tadi.

Dalam operasi itu juga, seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara ditahan pihak berkuasa. - UTUSAN ONLINE