Menurut Norlela Abu Hashim, 45, anaknya yang juga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia di sini cepat mengantuk akibat kesan sampingan lebih 10 pil ubat yang perlu diambil selain pergerakannya yang terbatas.

Bagi memastikan anak keempat daripada lima beradik itu tidak ketinggalan dalam pelajaran, dia turut menghadiri tuisyen tiga kali seminggu bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

IRFAN WAFIY IDHAM WAZIR menerima bantuan daripada Johari Musa pada majlis Penyampaian Sumbangan Benc

IRFAN WAFIY IDHAM WAZIR menerima bantuan daripada Johari Musa pada majlis Penyampaian Sumbangan Bencana Pencemaran Udara Zon Pasir Gudang, di Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor hari ini. - UTUSAN ONLINE

“Irfan akui kadang-kadang merasa penat ketika pergi ke sekolah. Malah ketika mengulang kaji pada waktu malam juga dia cepat mengantuk ketika menghadiri tuisyen dari pukul 8 hingga 9.30 malam.

“Jadi, sebagai persiapan untuk menduduki percubaan UPSR pada minggu depan, dia mengalami sedikit kesukaran untuk mengulang kaji,” katanya ketika ditemui pada majlis Penyampaian Sumbangan Bencana Pencemaran Udara Zon Pasir Gudang di sini hari ini.

IRFAN WAFIY IDHAM WAZIR melakukan solat secara duduk kerana tidak mampu berdiri dengan stabil dan te

IRFAN WAFIY IDHAM WAZIR melakukan solat secara duduk kerana tidak mampu berdiri dengan stabil dan terketar-ketar akibat penyakit Myokimia kesan daripada pencemaran toksik, pada majlis Penyampaian Sumbangan Bencana Pencemaran Udara Zon Pasir Gudang, di Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor hari ini. - UTUSAN ONLINE

Irfan Wafiy merupakan antara 47 murid daripada sembilan buah sekolah agama di daerah ini yang menerima sumbangan Pejabat Pendidikan Islam Johor Bahru hasil kutipan Tabung Bencana Pencemaran Udara Pasir Gudang.

Sumbangan turut disampaikan kepada 11 guru yang terkesan disebabkan pencemaran udara tersebut oleh Pegawai Pendidikan Islam Johor Bahru, Johari Musa. - UTUSAN ONLINE