Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, kewujudannya juga bakal membuka banyak peluang pekerjaan apabila dua universiti yang masih belum diberikan nama khusus itu beroperasi kelak.

“Langkah kerajaan ketika ini bukan saja mahu melahirkan rakyat berpendidikan tinggi tetapi

AMINOLHUDA HASSAN
AMINOLHUDA HASSAN 

mahu memastikan semua peringkat masyarakat menikmati kemajuan yang dikecapi.

“Berikutan itu, kami akan menaik taraf dua kolej menjadi Universiti Johor dalam dua aliran berbeza secara berasingan.

“Dua kolej itu adalah Kumpulan Pendi­dikan Yayasan Pelajaran Johor (KPYPJ) dan Kolej Pengajian Islam Johor (Marsah), kedua-duanya bawah kerajaan negeri dan kita tidak akan bermula daripada kosong,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama-sama Ahli Lembaga Pengarah Marsah di sini kelmarin.

Menurutnya, dua kolej itu akan dinaik taraf menjadi dua universiti berbeza dengan Marsah menjadi Universiti Johor aliran agama manakala KPYPJ menjadi universiti aliran konvensional seperti Selangor yang memiliki Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Universiti Selangor (Unisel).

Aminolhuda berkata, pengambilan sesi pertama kedua-dua universiti itu pada 2021 de­ngan permohonan akan dibuka mulai tahun hadapan.

Katanya, tahun ini kerajaan negeri menerusi jabatan berkaitan akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi merangka silibus yang akan ditawarkan.