Ada yang membuat lukisan terbesar, kad ucapan, poster dan mencipta barangan terpakai untuk menghasilkan Jalur ­Gemilang.

Berlainan pula dengan sebuah kelab basikal di Taman Pulai Indah, Skudai yang berbasikal secara konvoi bermula di Kuantan, Pahang sejauh kira-kira 370 kilometer (km.).

Ketua Pulai Mesra Cycling Club (PMCC), Sahid Selamat berkata, seramai 15 ahli kelab akan berbasikal bermula dari Kompleks Teruntum, Kuantan hingga ke bandar raya ini.

“Konvoi ini dijadualkan tiba di Taman Pulai Indah pada 2 September ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, kelmarin.

Sahid membe­ritahu, sepanjang konvoi tersebut akan singgah dan bermalam di Kampung Nenasi, Pekan sebelum meneruskan perjalanan ke Rom­pin hingga Mer­sing.

“Semua ahli ki­ni sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk membuat kayuhan sejauh 370 km. memandangkan cuaca yang panas dan kering,” ujarnya.