Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Dr. Mohd. Isa Ismail berkata, walaupun tidak lagi menjadi kerajaan, keprihatinan dan tanggungjawab UMNO terhadap mereka tetap diteruskan.

“Daripada 600 bungkus makanan yang diagihkan, 400 diberikan kepada penerima di kawasan Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Kukup dan 200 lagi kepada penerima di DUN Pekan Nanas.

“Sekiranya dana yang diperoleh bertambah melalui sumbangan individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lebih ramai golongan itu dapat dibantu pada masa depan,” katanya dalam Majlis Penyampaian Beg Sekolah Bagi Kawasan DUN Kukup, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjung Piai, Syarulzaman Ibrahim dan Ketua Puteri UMNO Bahagian Tanjung Piai, Nor Azmeen Ahmad.

Sebanyak 100 beg sekolah dan 100 alat tulis diberikan kepada penerima oleh ahli-ahli pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO selain tenaga sukarelawan bagi DUN Kukup dan Pekan Nanas.

Mohd. Isa merakamkan peng­hargaan kepada semua pi­hak yang memberikan soko­ngan kepada PBM Tanjung Piai dalam usaha meringankan kos sara hidup golongan berkenaan.

Selain itu katanya, PBM me­nyampaikan sumbangan kepa­da golongan kurang bernasib baik me­lalui konvoi yang bermula awal pagi hingga petang pada hari yang sama.

Menurutnya, konvoi itu turut mengunjungi Muhammad Syuk­ri Johan, 9, yang menghidapi penyakit mata (right nasal fibrow dysplasia) di Tanjung Piai dan menyampaikan sumbangan orang ramai.

Katanya, Muhammad Syukri yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) Kuala Lumpur memerlukan banyak perbelanjaan dan keluarganya hanya bekerja sebagai nelayan.

“Ini termasuk kos rawatan RM300 selain kos pengangkutan dan penginapan ke Kuala Lumpur yang memerlukan keluarga ini berbelanja kira-kira RM1,500 sekali pergi,” jelasnya.