Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Anugerah bukti pengiktirafan kerajaan

JOHOR BAHRU 17 Mei - Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan sem­pe­na perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-46 membuktikan Kementerian Pendidikan mengiktiraf golongan pendidik yang terlibat dalam bidang kepim­pinan pendidikan.

Sufa'at Tumin.

Penerima anugerah berkenaan pada tahun ini, Datuk Sufa'at Tumin, 63, yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran pada tahun 2011 berkata, seperti guru, mereka juga bersama-sama menjayakan aspirasi pendidikan di negara ini.

“Kebanyakan daripada guru terlibat dalam pengajaran di bilik darjah, manakala segelintir daripada mereka akhirnya menjadi pengetua, guru besar, pegawai pendidikan daerah (PPD), ketua sektor dan sebagainya.

“Sebagaimana golongan guru yang diiktiraf menerusi Anugerah Tokoh Guru, saya memuji usaha kementerian yang turut mengiktiraf golongan pendidik yang terlibat dalam bidang ke­pimpinan pendidikan,” katanya ditemui selepas menghadiri majlis pelancaran perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-46 di Kompleks Sukan Educity, di sini semalam.

Menurut Sufa'at, peng­anu­gerahan seumpama itu mampu menjadi pendorong kepada golongan pendidik yang terlibat dalam bidang kepimpinan untuk terus menabur bakti pada masa depan.

Pada majlis tersebut, beliau menerima wang tunai RM53,000, sijil simpanan premium Bank Simpanan Nasional (BSN), rantai dan loket emas, plak dan sijil penghargaan yang disam­paikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ikon Guru Inovatif Kebangsaan pula dianugerahkan kepada guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur, Zainu­ddin Zakaria, 53, yang membawa pulang hadiah keseluruhan RM13,000, plak dan sijil penghargaan.

Beliau sebelum ini pernah menerima Anugerah Guru Ikon Kebangsaan 2013 yang pertama kali diperkenalkan sempena pe­rayaan Hari Guru peringkat kebangsaan pada tahun tersebut selain dikurniakan Pingat Perkhid­matan Cemerlang (PPC) oleh kerajaan pada 2016.

“Saya amat bersyukur dan gembira dengan pengiktirafan yang diterima ini dan akan terus memberi motivasi kepada saya untuk terus berinovasi dalam pembelajaran dan pengajaran di kelas,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain