Itu lauk kegemaran Razin Naj­wan, 11, dan ibunya tidak pernah menghampakan setiap kali dia meminta dimasak juadah tersebut pada setiap pagi Hari Raya Aidilfitri.

Kini semuanya sudah berlalu dan anak bongsu daripada tiga beradik itu tetap menggemari ayam rendang, walaupun tidak sesedap masakan daripada air tangan ibunya.

“Saya amat rindukan ibu saya yang telah meninggal dunia pada 26 Disember 2016 akibat kanser usus. Sebelum itu ayah pergi meninggalkan kami bertiga semasa saya berumur 6 tahun.

“Tahun ini saya berhari raya dengan anak-anak yatim lain dan gembira kerana sudah mempunyai pakaian baharu untuk Aidilfitri," ujar anak yatim piatu itu ketika ditemui semalam.

Razin Najwan merupakan seorang daripada 40 penghuni Rumah Anak-anak Yatim Barkat Johor Bahru yang diberikan duit raya dan dibelikan kelengkapan pakaian Hari Raya Aidilfitri oleh pihak Kerry Plentong di pusat beli-belah AEON Permas di sini.

Sumbangan tersebut adalah usaha pihak kelab Sport Welfare & Recreation Chb (SWRC) dengan kerjasama Kerry Plentong untuk program Jalinan Kasih Anak-anak Yatim Rumah Berkat.

Yang turut hadir Pengerusi SWRC, Mohamed Norazam Mokhtar; Pegawai Pendidikan Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Johor Bahru, Siti Rohayu Sulong dan Ketua Pe­ngurus Kerry Plentong, Chong Tin Yung.

Nur Afiqah Najhishah Mohamed Rezaudin, 11, pula merindui arwah bapanya yang sudah lima taun meninggal dunia pada usianya 5 tahun ketika baru mengenali dan mengecap kasih sayangnya.

“Disebabkan terlalu rindu kadang-kadang termimpikan arwah bapa saya. Pada Hari Raya Aidilfitri nanti saya akan bersama-sama ibu, Dzuliyana Zulkifli, 33, di Melaka dan tidak sabar menantikankan detik itu,” katanya.

Sementara itu, Mohamed Norazam berkata, pihaknya membantu anak-anak yatim yang berusia 13 hingga 12 tahun tersebut kerana prihatin selain mahu menceriakan sambutan Syawal mereka.

“Pada masa sama SWRC juga mahu mendidik 13 daripada 25 ahlinya yang terlibat dengan program ini supaya prihatin dengan masyarakat kurang bernasib baik terutama anak yatim,” katanya.