Beliau boleh bertemu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada bila masa-masa selepas mendapat perkenan baginda untuk berbuat demkian.

Namun kata, sebelum itu satu siasatan telus mesti dilakukan kerana tuduhan beliau berucap politik dalam masjid adalah tidak benar sama sekali.

“Sekiranya benar-benar melakukan kesalahan saya dengan rendah hati memohon maaf kepada baginda. Saya minta siasatan terperinci dilakukan berhubung perkara ini, boleh bertanya kepada saya, jemaah, imam atau ahli jawatankuasa masjid adakah saya ada berceramah politik,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Online sebentar tadi.

Sultan Johor hari ini kecewa dengan Hok Liong yang disifatkan baginda sebagai biadab, tidak beretika dan tidak boleh diterima sama sekali.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, perbuatan itu jelas meremehkan pegangan dan amalan agama Islam yang dibina sejak zaman berzaman di negeri ini selain mempunyai kepentingan tertentu walaupun sudah dimaklumkan tidak boleh berpolitik dalam masjid.

Hok Liong menafikan berceramah politik sebaliknya hanya mengumumkan peruntukan untuk surau dan masjid di kawasan Labis yang dilakukan tidak sampai tiga minit selepas dijemput pihak pengurusan masjid untuk berbuat demikian.

 

“Saya tidak berceramah politik. Saya hanya membuat pengumuman penyampaian sumbangan sebanyak RM1,000 bagi setiap masjid dan RM500 bagi setiap surau di seluruh kawasan Parliamen Labis. Kenapa dimaki pula,” katanya.

Hok Liong berkata, sebelum itu beliau dan mereka yang bukan Islam berada di luar masjid dan apabila masuk ke dalam masjid mengucapkan terima kasih kepada penduduk setempat yang menghargai peruntukan tersebut. - UTUSAN ONLINE