Selain itu, beliau juga mempelopori perancangan strategik memperkasakan sekolah kebangsaan dan sekolah Orang Asli di neger ini.

Itu antara sumbangan dan peranan dimainkan anak kelahiran Johor Bahru itu dalam membantu bidang pendidikan di Johor dan atas sebab itu beliau dikurniakan anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan Negeri Johor 2019 pada hari ini.

Anugerah tersebut disampaikan Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani dalam Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Johor 2019 di Dewan Cahaya Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kempas, di sini sebentar tadi.

Dalam program tersebut, beliau menerima Sijil Peringatan Emas RM5,000 dan Sijil Simpanan Premium (SSP) Bank Simpanan Nasional (BSN) RM1,000

selain sumbangan Bank Islam RM5,000 dan Kementerian Pendidikan RM10,000.

Menurut Abdul Aziz, anugerah tersebut dianggap sebagai satu hadiah selepas tiga tahun besara dan berharap pencapaian itu menjadi pendorong kepada guru-guru pada masa kini untuk berkhidmat dengan cemerlang.

“Bagi rakan-rakan yang masih berkhidmat, berkhidmatlah dengan ikhlas mungkin kerana tanggungjawab kita besar untuk memajukan negara di mata dunia.

“Cabaran guru pada masa kini amat berbeza berbanding dahulu. Dulu guru tidak terlibat dalam teknologi terkini dalam pendidikan tetapi sekarang kita perlu tahu bagaimana mahu aplikasikan teknologi dalam pendidikan supaya sesuai dengan kanak-kanak sekarang,” ujarnya.

Abdul Aziz yang berkhidmat selama 34 tahun dalam profesion perguruan pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 1994, 2005, 2010 dan 2015 selain menjadi Pegawai Pendidikan Daerah Kulai dari 2007 hingga 2008.

Beliau pernah melibatkan diri dalam kajian tindakan bertajuk Meningkatkan Pencapaian Peratusan Kelulusan Matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 1997 melalui Program Mentor Mentee. - UTUSAN ONLINE