Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama dan Pendidikan negeri, Aminolhuda Hassan berkata, terdapat peningkatan bagi perbandingan keseluruhan antara tahun 2018 dan tahun sebelumnya.

Katanya, calon yang mendapat Mumtaz meningkat seba­nyak 1.02 peratus iaitu sebanyak 19 calon berbanding 12 pada tahun sebelumnya.

“Yang mendapat Jayid Jiddan pula meningkat 2.07 peratus kepada 57 calon berbanding 38 pada tahun sebelumnya.

“Secara keseluruhannya ke­putusan STAM 2018 ini menunjukkan peningkatan berbanding pencapaian tahun 2017,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan pe­periksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2018 di Madrasah Alattas Alarabiah di Ulu Tiram, di sini hari ini.

STAM adalah sijil yang dike­luarkan Kementerian Pendidikan bermula pada 1999 yang dilaksanakan dengan kerjasama Al Azhar Al-Syarif, Mesir.

Aminolhuda berkata, pelajar yang layak mendapat sijil STAM juga menunjukkan peningkatan 0.76 peratus iaitu sebanyak 171 orang pada 2018 berban­ding 125 orang pada 2017.

“Pencapaian Gred Purata Negeri bagi STAM 2018 menunjukkan peningkatan 0.06 mata iaitu 3.15 mata bagi tahun 2018 berbanding 3.21 mata tahun sebelumnya,” ujarnya.