Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

54 penuntut UTM terima sijil RDA

Mahasiswa UTM gembira menerima sijil pada Majlis Penyampaian Sijil
Mahasiswa UTM gembira menerima sijil pada Majlis Penyampaian Sijil Grade 1 (Senior Volunteers) RDA di Fakulti Biosains dan Kejuruteraan Perubatan UTM, Skudai, Johor, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 12 Mac - Seramai 54 penuntut Ijazah Sarjana Muda Sains, Fakulti Bio­sains dan Kejuruteraan Pe­rubatan (FBME), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dianugerahkan sijil peringkat satu Persatuan Menunggang Bagi Orang Kurang Upaya (RDA) Malaysia.

Dekan FBME, Prof. Dr. Jasmy Yunus berkata, penerima sijil berkenaan masing-masing terdiri daripada 28 dan 26 penuntut tahun dua dan tiga yang mengikuti program Pengurusan Equin di fakulti tersebut.

Menurutnya, sijil pentauliahan itu merupakan satu nilai tambah bagi mahasiswa yang mengikuti program berkenaan kerana diikti­raf bukan sahaja di negara ini, malah seluruh dunia.

“Program Pengurusan Equin yang diperkenal pada tahun 2014 dan pada waktu ini UTM merupakan satu-satunya universiti tempatan yang menawarkannya.

“Kerjasama dengan RDA Malaysia ini merupakan satu pengiktirafan bukan sahaja bagi pihak fakulti dan UTM, malah juga bagi penerima sijil untuk membantu mereka mengembangkan karier dalam bidang berkenaan,” kata­nya selepas menyampaikan sijil tersebut di Dewan Kuliah 1 FBME, di sini kelmarin.

Yang turut hadir, Pengerusi RDA Malaysia, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Sementara itu, Abdul Aziz memberitahu, aktiviti berkuda merupakan salah satu bentuk te­rapi yang dapat membantu menaikkan semangat dan ikhtiar hidup seseorang termasuk orang kurang upaya (OKU).

“Aktiviti ini mampu merangsang aspek fizikal, mental dan spiritual individu OKU, sekali gus meningkatkan keupayaan kendiri mereka,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain