Cermin mata percuma itu disampaikan oleh Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad, sebentar tadi.

Program anjuran bersama Toms Optical dan Yayasan Pasir Gudang (YPG) itu diadakan di Dewan Serbaguna Taman Mawar, di sini.

Yang turut hadir, wakil rasmi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), Adnan Abd. Gahni; Pengarah Toms Optical, Rohaizat Rasdian Mohamad dan Pengerusi Persatuan Permuafakatan Pasir Gudang, Mohamad Farid Abdul Razak.

Normala berharap lebih banyak syarikat mencontohi Toms Optical yang berkongsi rezeki dengan masyarakat, khususnya dalam membantu golongan memerlukan.

“Sikap sebegini yang kita harapkan supaya hasil yang diperoleh dikongsi dan dipulangkan semula kepada masyarakat,” katanya. - UTUSAN ONLINE