Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan Dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, jumlah tersebut dicatat sehingga pukul 2 petang hari ini.

“Mangsa telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Pasir Gudang dan Klinik Kesihatan Masai, namun tiada pelajar yang dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan susulan.

“Jabatan kesihatan juga telah mengambil sampel air kencing pelajar terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Lima sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort seramai 30 pelajar, SK Kopok (6 pelajar), SK Kota Masai,(1 pelajar), SK Pasir Gudang 4 (1 pelajar) dan SMK Tanjung Puteri Resort (1 pelajar). - UTUSAN ONLINE