Dia yang berasal dari Sabah membawa pulang wang tunai RM1,300 manakala Naib juara pula Izzatul Hamim Abd. Sani (RM1,000) dan tempat ketiga Salehuddin Ashraf Jamil (RM700), kesemuanya membawa pulang trofi kemenangan dan hadiah RM3,000.

Program kali keempat itu yang disertai 12 pelajar Kunkwan International Mandarin Learning Centre diadakan sempena Hari Bahasa Mandarin Antarabangsa dan dirasmikan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon.

Juri bagi pertandingan anjuran Kunkwan International Mandarin Learning Centre itu Tyka Zatyka yang merupakan Finalis Dangdut Academi Asia 4, Sheryl Nah Pei Ling (Naib Presiden Eksekutif Singma Entertainment Organization) dan AU Mun Mun (Tenaga Pengajar Kunkwan).

Shiau Yoon dalam ucapannya berkata, matlamat program tersebut adalah memberi platform kepada para pelajarnya untuk menyerlahkan bakat sekali gus meningkatkan penguasaan Bahasa Mandarin.

PARA peserta pertandingan lagu-lagu Mandarin yang semuanya Melayu menunjukkan sijil masing-masing di

PARA peserta pertandingan lagu-lagu Mandarin yang semuanya Melayu menunjukkan sijil masing-masing di Kunkwan International Mandarin Learning Centre, Taman Desa Tebrau, Johor Bahru malam semalam. - UTUSAN ONLINE

Menurutnya, pembelajaran bahasa harus diteruskan untuk memupuk semangat perpaduan, keharmonian serta persefahaman antara masyarakat di Malaysia dan contohnya beliau sendiri mempelajari bahasa kebangsaan supaya tidak berada pada takuk yang sama.

Begitu juga dengan matlamat penubuhan Kunkwan International Mandarin Learning Centre yang mahu memberi peluang pelajarnya meningkatkan penguasaan Bahasa Mandarin.

“Matlamat utama penubuhan Kunkwan adalah untuk meningkatkan kebolehan berbahasa bagi semua rakyat Malaysia yang tidak menggunakan Bahasa Mandarin sebagai bahasa ibunda mereka.

“Dengan cara ini, rakyat Malaysia dapat meningkatkan daya saing dengan mempelajari Bahasa Mandarin sekali gus membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan agama,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE