Mereka adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Larkin, Mohd. Izhar Ahmad dan ADUN Tenang, Mohd. Solihan Badri daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) manakala seorang lagi ADUN Jementah, Tan Chen Choon daripada DAP.

Mohd. Izhar dan Mohd. Solihan merupakan wakil rakyat baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 sementara Chen Choon pernah menjadi ADUN sebelum ini.

Mereka menggantikan ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang yang sebelum ini menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri dan ADUN Skudai, Tan Hon Ping (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Sains dan Teknologi negeri).

Seorang lagi calon akan mengisi kekosongan bagi portfolio Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri yang sebelum ini disandang Dr. Sahruddin Jamal yang kini menjadi Menteri Besar baharu sejak 14 April lalu. - UTUSAN ONLINE