Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 2, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang

berkata, ketika ditahan antara pukul 9 hingga 10.30 pagi itu, kedua-dua bot itu didapati sedang menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan larangan.

“Seramai enam nelayan berusia 33 hingga 58 tahun telah ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua bot berkenaan melakukan pelbagai kesalahan seperti melanggar syarat lesen yg dibenarkan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Kedua-dua bot itu kemudian dibawa ke Pangkalan PPM Wilayah Dua Pengerang untuk

siasatan lanjut dan kesemua nelayan yang ditahan telah dirujuk ke Jabatan Perikanan negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Khon Chiang berkata, operasi yang dijalankan pihaknya adalah sebagai pencegahan kes-kes kecurian dan pencerobohan di kawasan perairan di negeri ini termasuk di kawasan RAPID. - UTUSAN ONLINE