Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Kader Khalil Mohd., berkata, siasatan mendapati laporan palsu itu dibuat bagi mengelak daripada dikenakan denda oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Orang ramai yang kehilangan kad pengenalan akibat kecuaian sendiri diingatkan agar tidak sesekali membuat laporan palsu bagi mengelakkan daripada dikenakan denda oleh JPN kerana perlakuan jenayah dan mengakibatkan mereka berdepan dengan tindakan undang-undang," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE