Program yang diilhamkan Pe­nghulu Mukim Tanjung Surat, Azmir Mad Razuki itu melibat­kan kerjasama Pejabat Majlis­ Agama Islam Kota Tinggi, Pejabat Ahli Parlimen Pengerang, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Pe­ngerang dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora).

Menurut Azmir, program julung kali dianjurkan itu melibatkan kanak-kanak daripada golo­ngan asnaf, selain mereka yang bermastautin dan ibu bapa yang bertugas di kawasan Pengerang.

“Alhamdulillah dan syukur kerana program yang dijalankan ini merupakan hasil kerjasama yang cukup baik diberikan oleh pihak terlibat yang semestinya cukup dihargai oleh semua.

“Selain dapat membantu anak-anak asnaf, juga boleh mengeratkan silaturahim antara pemimpin, masyarakat dan pihak berkuasa. Insya-Allah jika diizinkan, program ini akan diteruskan untuk tahun yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Surat, Datuk Ir. Syed Sis Syed Abd. Rahman.

Sementara itu Syed Sis berkata, program tersebut memberi peluang kepada pihak berkuasa, pemimpin dan masyarakat berganding bahu untuk bersama-sama menjayakannya.

“Fokus utama penganjuran sebegini adalah memupuk hubu­ngan erat serta kerjasama daripada semua pihak,” katanya.

Seorang peserta, Muhammad Aiman Hakim Noraswandy, 10, dari Felda Semenchu mengakui sedikit gementar, namun pera­saan itu hilang apabila bapanya memberitahu bahawa berkhatan adalah wajib bagi lelaki Islam untuk men­jaga kebersihan dan sa­kitnya cuma seperti digigit semut.