Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Aminolhuda Hassan berkata, 10 sekolah berkenaan terletak berhampiran kawasan perindustrian.

“Kami berharap pihak industri akan dapat membekalkan alat pengesan gas untuk diletakkan secara kekal di ke semua sekolah dalam kawasan ini.

“Namun tumpuan perlu diberi kepada 10 buah sekolah berisiko yang terletak berhampiran dengan kawasan perindustrian,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan bacaan udara di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bukit Dahlia, di sini sebentar tadi.

Tambah beliau, 10 buah sekolah itu dikesan sebagai berisiko memandangkan bacaan udara yang diambil berubah-ubah dan tidak kekal pada paras sifar. - UTUSAN ONLINE