Program berkenaan dijayakan oleh 80 petugas yang terdiri daripada ahli kariah masjid tersebut termasuk golongan wanita yang bergotong-royong membantu melaksanakan kerja-kerja rewang.

Penyembelihan bermula selepas solat sunat Aidiladha bermula kira-kira pukul 10 pagi.

Tinjauan Utusan Online mendapati kerja-kerja melapah, memotong dan menimbang daging berjalan lancar dan orang ramai mula mendapatkan daging korban kira-kira pukul 12 tengah hari. - UTUSAN ONLINE