Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

1,015 calon SPM 
Johor dapat semua A

JOHOR BAHARU 16 Mac - Seramai 1,015 pelajar atau 2.23 peratus daripada kese­luruhan 52,617 calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di negeri ini mendapat gred cemerlang A dalam semua mata pelajaran.

Azman Adnan menunjukkan keputusan SPM 2016 di pejabat Pendidikan Negeri Johor, Johor Bahru, semalam.

Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Azman Adnan berkata, daripada jumlah itu, 13 pelajar atau 0.03 peratus berjaya mencapai gred cemerlang A+ bagi semua subjek yang diduduki.

“Sebilangan besar calon yang memperoleh keputusan cemerlang iaitu A+. A dan A- ini terdiri daripada kumpulan calon yang menduduki sembilan, 10 dan 11 mata pelajaran.

“Jumlah calon SPM 2016 yang cemerlang pula menurun berbanding calon SPM 2015 yang mencatatkan 1,099 pelajar atau 2.42 peratus mendapat gred A dalam semua mata pelajaran,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Pendidikan Negeri Johor, di sini hari ini.

Beliau berkata, Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) bagi peperiksaan SPM 2016 di negeri ini mencatatkan peningkatan de­ngan pencapaian 4.94 berban­ding 5.06 mata dalam SPM 2015.

Azman memberitahu, pencapaian tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 0.12 mata sekali gus mengatasi Gred Purata Nasional (GPN) iaitu 5.10 mata.

Menurutnya, jurang penca­paian GPN calon luar bandar dan bandar dapat dikecilkan pada kali ini daripada 0.19 pada 2015 kepada 0.12 pada tahun lalu.

“Analisis menunjukkan pencapaian calon cemerlang bandar pada kali ini menurun berban­ding 2015. Begitu juga penca­paian calon Berkeperluan Khas juga menurun kali ini,” katanya.

Berdasarkan GPMP katanya, sebanyak 42 daripada 70 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi, 24 mata pelajaran menurun manakala empat mata pelajaran mengekalkan prestasinya.

Katanya, bilangan calon yang menduduki SPM 2016 di negeri ini meningkat 105 pelajar (0.2 peratus) melibatkan 52,617 pelajar berbanding 52,512 pelajar pada tahun sebelumnya.

Dalam pada itu, Azman berkata, calon-calon SPM 2016 di Johor boleh menyemak keputusan mereka melalui sistem pesanan ringkas (mySMS) 15888 bermula pukul 10 pagi ini hingga 6 petang 22 Mac atau melayari www.lp.edu.my.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain