Menterinya Datuk Peter Anthony berkata jalan sejauh kira-kira 1 kilometer itu merupakan laluan pintas dari Jalan Lintas ke Jalan Damai dan ia akan mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.

"Jalan itu ditutup sejak empat atau lima tahun lepas dan kita tidak tahu kenapa jalan itu ditutup sedangkan ia merupakan jalan penting untuk penduduk di kawasan itu.

"Disebabkan banyak aduan kita terima...hari ini saya mengarahkan JKR untuk membuka semula jalan itu dan penghadang jalan tersebut akan dibuka dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas melawat jalan berkenaan di sini hari ini.

Peter berkata pihaknya berharap masalah dihadapi penduduk di kawasan itu akan selesai apabila jalan tersebut dibuka.

"Kita juga meminta orang ramai yang mempunyai masalah seumpama ini membuat aduan secepat mungkin agar kita dapat menyelesaikan masalah itu dengan segera," katanya.-- BERNAMA