Ibu saudaranya, Nurul Fatihah Jusoh, 34, berkata, mereka sekeluarga terpaksa merahsiakan 
perkara tersebut daripada pengetahuan Muhammad Khairul Haziq sehingga keadaan 
kanak-kanak berusia lima tahun itu lebih stabil.

Katanya, kanak-kanak malang itu dijadual menjalani pembedahan rahang gigi dan kaki kirinya di 
Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pagi ini namun, prosedur itu ditangguhkan pada 
sebelah petang.

"Semasa hari pertama di hospital, sokmo (selalu) dia panggil papa, ibu dan adiknya. Dia tak 
pernah berpisah dengan ayahnya. Malam-malam pun jururawat beritahu dia mengigau. 

"Haziq budak yang banyak cakap tetapi selepas kemalangan dia berubah jadi pendiam. Itu yang 
buat kita lagi sedih. Memang kita nampak dia macam sihat tetapi jiwanya kita tak tahu. Apabila 
ramai ahli keluarga datang melawat, saya nampak mata dia macam mencari-cari ibu bapanya," 
katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu diwakili Pengarahnya, Nora 
Yaacob menyampaikan faedah pengurusan mayat sebanyak RM2,000 kepada ibu Mohd. 
Khairulinzam, Wook Awang, 68, di kediamannya di Kampung Paloh Tuan Sulong di sini.

Kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi Sabtu lalu itu turut mengorbankan nenek dan bapa saudara 
Muhammad Khairul Haziq iaitu Rozilawati [email protected], 43, dan Muhammad Nashrullah Salleh, 5. - UTUSAN ONLINE