Dijayakan oleh Muhammad Arif Ahmad, Warikya a/p Eh Wang dan Aqillah Aminah Ishak, mereka membawakan Sketsa Ahli Sufi Pembela Rakyat yang mengisahkan perjuangan seorang ulama tempatan menentang penidasan penjajah.

 Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 manakala Kumpulan  Kisah Kita yang dianggotai oleh tiga penuntut Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Besut menduduki tempat kedua, dan membawa pulang wang tunai RM2,000.

Abdul Muhamin Abdul Razak, Nurul Farah Ain Sharif dan Goh Zhie Yung mempersembahkan Sketsa Dulu, Kini dan Selamanya : Srikandi Gelang Merdeka Datuk Siti Rahmah Kassim, mengisahkan seorang wanita yang  memberikan gelang emas hadiah perkahwinannya untuk bersama membiayai pemergian, Tunku Abdul Rahman  ke London bagi mendapatkan pembebasan  Tanah Melayu.

 Dalam pertandingan tahunan anjuran Jabatan Penerangan negeri itu, Kumpulan Zabarjad dari Marang, menerima hadiah sagu hati sebanyak RM1,000.

 Hadiah disampaikan oleh Pegawai Pembangunan Dungun, Datuk Din Adam. Yang turut hadir, Pengarah Penerangan negeri, Nasrudin H.Mahmud dan Pengarah PSMZA, Lt.Kol (PA) Tuan Haji Mohd Pauzi Ibrahim.

Pertandingan Pengisahan Negaraku 2017  bertujuan menggalakkan masyarakat menyampaikan pandangan serta pendapat mereka mengenai peristiwa bersejarah sebagai usaha pendidikan berterusan yang boleh dimanfaatkan bagi proses pembinaan jati diri bangsa. dan kesedaran sejarah.-UTUSAN ONLINE