Pengerusi Jawatankuasa Kema­juan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Taman Tas Jaya, Dusti Yu­soff berkata, penularan wabak pe­nyakit seperti denggi dapat diatasi sekiranya pendu­duk mempunyai kesedaran me­ngekalkan kebersihan sekitar di ka­wasan kediaman masing-masing.

Atas kesedaran berkenaan, kata Dusti, pihaknya dengan kerjasama Alam Flora, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional  menganjurkan program Gotong-Royong Perdana bagi me­mastikan persekitaran taman tersebut bebas da­ripada pembiakan denggi.

“Penyakit berbahaya seperti denggi menjadi ancaman besar jika kita tidak mempunyai kese­daran menjaga kebersihan dan mengambil mudah perkara ini,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sempena program itu, kira-kira 120 ahli JKKK dan penduduk kampung tersebut hadir bagi membersihkan kawasan taman terbabit.

Selain itu, program mewarna dan sukaneka turut diadakan.

Dalam pada itu, Dusti me­minta penduduk tidak bergantung kepada pihak lain untuk menjaga kesihatan kerana langkah pencegahan berkesan adalah bermula daripada mereka sendiri.

“Kita mahu memastikan kampung ini dan sekitarnya bebas daripada segala unsur yang boleh membawa kemudaratan,” kata­nya.