Ketua Polis negeri, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd., berkata, antara jalan yang ditutup ialah Jalan Ayer Molek, Jalan Yahya Awal dan Jalan Dato' Onn.

Beliau berkata, sempena majlis persandingan diraja tersebut, polis mengerahkan 318 anggota bagi tugasan mengiring, kawalan keselamatan dan lalu lintas.

"Orang ramai dinasihatkan menggunakan jalan alternatif bagi mengelak kesesakan lalu lintas. Orang ramai turut dinasihatkan untuk mematuhi arahan yang diberikan oleh anggota polis dari semasa ke semasa supaya keamanan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sebarang perlakuan dan perbuatan yang tidak mematuhi undang-undang," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE