Kenderaan pertama seumpamanya di rantau ini dan yang ke-13 di dunia itu akan dipertontonkan kepada umum dalam Ekspo Terengganu 2018, di pekarangan Kompleks Sukan Negeri, di Gong Badak dekat sini mulai 25 Febuari hingga 3 Mac nanti.

Ketika mengesahkannya, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman memberitahu, kenderaan yang bakal mewarnai sektor pelancongan negeri terutama di Tasik Kenyir kini ditempatkan di Depoh Jabatan Kerja Raya (JKR) di Bukit Kecil di sini bagi pemeriksaan lanjut.

"Kerja-kerja pemeriksaan itu bertujuan untuk mendapatkan permit dan kelulusan daripada JPJ dan Jabatan Laut bagi memastikan aspek keselamatan kenderaan di tahap terbaik memandangkan kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang pengalaman dan kepakaran menguruskannya.

"Sebagai kenderaan pertama di Malaysia dan yang ke-13 di dunia, JPJ dan Taman Laut mungkin kena lihat contoh Amphicoach di negara lain dengan salah satunya ada di Hungary," katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program D'Mukim dan Jualan Sentuhan Rakyat sempena Majlis Pelepasan Benih Udang di Taman Akuakultur Udang Bersepadu (iSHARP), Kampung Nyatoh di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE