Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Bantu pelajar keluarga berpendapatan rendah

Zambry Abd Kadir
Zambry Abd Kadir

LUMUT 19 Mac – Kerajaan negeri komited untuk terus membantu pelajar-pelajar daripada golo­ngan keluarga berpendapatan bawah RM3,000 di negeri ini menyambung pelajaran masing-masing ke peringkat lebih tinggi melalui Program Dermasiswa Pendidikan Yayasan Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, bantuan antara RM300 sehingga RM1,200 tersebut diberikan kepada pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Zambry berkata, wang berke­naan bagi membantu pelajar-pelajar terlibat membuat persediaan bagi urusan pendaftaran masing-masing ke institusi pe­ngajian tinggi terpilih.

“Sekiranya ada ada anak-anak yang keluarga mereka berpendapatan bawah RM3,000 mahu melanjutkan pelajaran ke universiti, sila maklumkan pada kita bagi membolehkan mereka dibantu.

“Jumlah bantuan itu bergantung pada kursus yang diambil seperti di peringkat ijazah untuk jurusan asas sebanyak RM1,000 dan untuk profesional seba­nyak RM1,200 manakala diploma akan diberikan RM500.

“Program ini adalah salah satu usaha kita untuk meringankan beban keluarga berpendapatan rendah tersebut bagi urusan pendaftaran anak masing-ma­sing,” katanya pada sidang akhbar selepas menutup program Perkhemahan Pemimpin Pelajar Amanjaya 2017 di Outward Bound School, di sini hari ini.

Program selama tiga hari yang berakhir hari ini itu disertai kira-kira 100 pemimpin pelajar anak Perak dari seluruh universiti di negara ini.

Tambah Zambry, sehingga kini sebanyak 14,000 pelajar yang la­yak telah mendapat manfaat da­ripada program berkenaan setiap tahun semenjak ia mula diper­kenalkan pada tahun 2009.

Terdahulu, Zambry turut me­luangkan masa hampir dua jam bersoal jawab dengan pemim­pin-pemimpin pelajar tersebut mengenai aspirasi mereka me­ngenai Tranformasi Nasional 2050 (TN50) merangkumi pelbagai isu termasuk pembangunan, pendidikan dan kebudayaan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain