Majlis perasmian bank tersebut yang terletak di Taman Kota Syahbandar di sini disempurnakan bersama oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian yang ketika ini dalam rangka lawatan ke negeri ini.

Bank of China cawangan Melaka beroperasi sejak 5 Januari lalu dan merupakan cawangan kelapan instusi perbankan terbesar dari negara Republik itu yang sudah beroperasi sejak lebih 100 tahun.

Ibu pejabat Bank of China Malaysia terletak di Jalan Ampang Kuala Lumpur manakala enam cawangannya di Muar (Johor), Pulau Pinang, Klang (Selangor), Johor Bahru (Johor), Puchong (Selangor) dan Kuching (Sarawak). - UTUSAN ONLINE