Mohd. Shaid menunjukkan sehelai baju berlabel 'Sumbangan YB Shaid yang diberikan kepada pelajar seko
Mohd. Shaid menunjukkan sehelai baju berlabel 'Sumbangan YB Shaid yang diberikan kepada pelajar sekolah.

Kali ini beliau memberi sumbangan 10,000 helai baju sekolah dengan label 'Sumbangan YB Shaid Rosli' kepada pelajar di DUN Jeram.

"Ini adalah sumbangan ikhlas bagi membantu pelajar dalam golongan kurang berkemampuan. Baju ini disediakan khas dengan jenama saya sendiri ‘YB Shaid Rosli’.

"Jenama itu boleh dilihat dikolar. Mengikut perancangan asal, pakaian sekolah ini sepatutnya dibekalkan sebelum sesi persekolahan dibuka namun ia mengalami kelewatan dari pihak pengedar," kata Mohd. Shaid dalam satu kenyataan.

Menurutnya, sebanyak 1,600 helai telah disumnangkan kepada pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Puncak Alam 3. Sebanyak 10 buah sekolah rendah akan menerima manfaat pemberian baju berkenaan.

"Saya menyedari penduduk di kawasan DUN ini tidak semuanya senang dan mempunyai pendapatan yang mencukupi.

"Jadi, bantuan yang kita serahkan ini diharap dapat mengurangkan beban mereka terutama yang datang dari keluarga kurang berkemampuan," kata Mohd. Shaid.

Mohd. Shaid Rosli
Seorang pelajar memegang beg sekolah dengan gambar Mohd. Shaid.

Sebelum ini banyak pihak termasuk Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh mengkritik tindakan Mohd. Shaid memberi sumbangan beg sekolah kepada pelajar dengan gambar wajah beliau dicetak pada beg tersebut.

"Jika kamu sebahagian daripada anggota kumpulan popular sebagai contoh zaman saya ialah NKOTB (New Kids On The Block)."

Itu komen yang dihantar Hannah Yeoh di Twitternya sambil mengulang kicauan laporan berita bertajuk 'Tiada salahnya meletakkan muka saya pada beg sekolah, kata ADUN Jeram.'-UTUSAN ONLINE