Seri Paduka tiba di pekarangan sekolah berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang diiringi Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Tengku Temenggong Kelantan, Datuk Tengku Muhammad Rizam Tengku Aziz dan Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron.

Sejurus menandatangani plak sempena menyempurnakan majlis perasmian sekolah berkenaan, Sultan Muhammad V turut berkesempatan mengadakan lawatan ringkas ke kawasan sekolah tersebut.

SRA JAIM Tanjung Minyak 2 yang dibuka pada 1 Januari tahun lalu dengan kos RM2.2 juta kini mempunyai sebanyak 802 murid dengan 19 tenaga pengajar termasuk guru besar. - UTUSAN ONLINE